Sebelum ini aku ada menulis satu entri berkenaan dengan bidang perniagaan. Sekadar berkongsi ilmu yang tak seberapa. Ilmu yang aku dapat hasil daripada pemerhatian dan secebis pengalaman yang aku kutip daripada mereka-mereka yang lain. Semoga perkongsian yang tidak seberapa ni boleh memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada rakan-rakan sekalian.
Selepas habis belajar dan dengan segulung ijazah aku memulakan kerjaya guaman aku dengan bekerja di sebuah firma guaman di pinggir ibukota. Selepas lebih kurang setahun setengah bekerja di situ aku telah mengambil keputusan untuk berhenti dan memulakan firma guaman aku sendiri.
Mungkin kerana didedahkan dengan dunia perniagaan sejak aku kecil membuat aku sendiri lebih berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri.
Dengan hanya berbekalkan modal sebanyak RM2500 iaitu gaji terakhir aku di situ dan dengan lafaz bismillah bermulalah sebuah perjalanan yang baharu dalam hidup aku. Sebagaimana aku menceritakan bagaimana ayah aku membangunkan perniagaannya begitu juga aku praktikkan dalam perjalanan firma aku. Bermula dengan modal yang minimal dan apa yang ada sahaja.
Separuh daripada modal tersebut digunakan untuk membayar insuran dan mendapatkan lesen amalan guaman dan selebih digunakan untuk membeli sebuah meja, kerusi dan lain-lain peralatan pejabat yang tidak seberapa. Aku menumpang satu ruang di belakang studio milik isteri aku selama setahun sebelum aku berpindah ke lokasi lain selepas studio tersebut ditutup.
Pada ketika itu juga kandungan isteri aku berusia tujuh bulan. Hanya beberapa bulan sahaja lagi untuk bayi kecil itu aku pangku dan azankan. Di saat orang lain mungkin bersedia untuk menyambut kelahiran permata mereka dari pelbagai sudut aku sebaliknya. Berhenti kerja dan memulakan perniagaan aku sendiri yang aku sendiri tak tahu bagaimanakah permulaan perjalanannya. Tapi aku percaya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Insyallah.
Untuk memulakan apa-apa perniagaan sekali pun apa yang penting adalah keberanian dan kepercayaan yang tinggi tentang benda yang hendak kita buat itu. Tanpa keberanian mimpi tak akan menjadi kenyataan. Bak kata Richard Bronson, "Whatever your goal is you will never succeed unless you let go of your fears and fly".

klass hang apit
ReplyDeletesalam.xtau cmne nk start.hahaha.anyway, i'm currently a partner in one of the legal firms in kl.was wondering, how did u started your own? dlm hati mmg nak sangat build my own but mcm lost, apa yg ptt aku ade, ap yg ptt aku buat...advise please bro..tq
ReplyDeleteSalam perkenalan my learned friend.
ReplyDeleteSebelum ni pun ada beberapa orang kenalan yang bertanya dengan aku. How much does it cost to set up a firm? Dan macam entri aku di atas, aku bermula dengan modal tak sampai 5k pun. Sebabnya itu saja yang aku ada pun. Benda ni terpulang kepada kemampuan masing-masing. Ada yang modal sampai 100k, yang lebih pun ada.
Modal tu semua merangkumi insuran yang kita bayar kepada Jardine, sedikit kelengkapan ofis. fax machine dan sebagainya. Kalau belum berjumpa dengan ofis yang ngam buat di rumah dulu. Legal profession act sendiri membenarkan sesebuah firm tu beroperasi di rumah. Not a big deal la.
Part nak bawak masuk file aku rasa tak ada masalah kot sebab u are currently a partner in a legal firm. I believe that you already have your own business contacts and connections.
Itu saja la kot. :)