Pages

18 March 2012

Kenduri Kendara

Kalau nak berjumpa dengan saudara mara tempat yang paling senang adalah di majlis kenduri kendara. Kadang-kadang tu kita boleh jumpa saudara mara yang sebelum ni kita tak kenai. Sepupu sepapat mak ayah kita atau pun tok atau wan kita.

Secara tak langsung menghadiri majlis macam ni boleh mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli keluarga yang sebelum ni jarang berjumpa atau langsung tak pernah berjumpa. Keluarga aku sendiri kalau hal-hal macam ni memang depa particular sikit. Kalau satu keluarga tak boleh nak menghadiri jemputan tu sekurang-kurangnya adalah wakil yang pergi. Kalau kebetulan banyak jemputan kadang-kadang tu memang sampai kena bahagikan siapa yang kena pi rumah kenduri yang mana.

Ahad minggu lepas ada satu jemputan walimatul urus yang aku pi. Majlis adik bapak mertua aku. Perkahwinan anak perempuannya yang bongsu. Tak sangka pulak aku duduk semeja dengan Pak Yusof @ Yusof 'Gajah'. Meja yang aku duduk tu sememangnya dikhaskan untuk ahli keluarga pengantin perempuan dan bermakna sesiapa yang duduk di situ ada hubungan kekeluargaan samada dekat atau jauh. Sembang punya sembang dengan bapak mertua aku dan isteri Pak Yusof rupanya depa ni memang saudara satu kampung di Negeri Sembilan. Kebetulan pula aku ni berkawan dengan anak depa, si Jojo tu. 

Pi mai pi mai rupanya saudara mara. Keciknya dunia orang kata. 

Aku lebih gajah daripada Mohd Yusof Bin Ismail @ Yusof 'Gajah'

12 March 2012

11 March 2012

Pasaipa....?


Laksa Pulak

Hari tu aku ada post entri pasai laksa. Entri ni pulak pasai laksa. Aku ni memang seorang yang suka makan laksa. Kalau hari-hari makan laksa pun boleh. Setakat breakfast makan laksa tu biasa la. Tak ada apa yang pelik sangat.

Nak mencari laksa utara di belah-belah sini tak ada la susah sangat. Tapi walau macam mana pun rasanya kadang-kadang tu memang mengecewakan. Promote bukan main kata laksa utara la hapa la tapi bila sekali jamah memang tak syok sangat. Yang paling ketara sangat adalah kuah laksa tu sendiri. Selalunya cair sangat. Tak syok nak layan.

Berdekatan dengan rumah aku ni memang ada makcik yang jual laksa. Dekat sebelah FAM tu. Tapi aku rasa masih tak dapat memenuhi kriteria laksa utara yang aku boleh classkan sebagai champion.

Kerinduan pada laksa utara sejak kebelakangan ni terubat bila aku jumpa port baru. Member aku yang rekemenkan port ni. Bukan setakat dia ada laksa tapi sekali pakej dengan cendol pulut/tapai. Memang layan habis. Lokasi di Seksyen 13 Shah Alam. Memang famous pun port ni. Boleh pekena laksa dan cendol di bawah rimbunan pokok.

Laksa Jitra mai! Siap ada sekali dengan cendol pulut/tapai. Memang terbaik la bang.

Memang terbaik kan? Tak percaya tengok laksa ni. Nampak betapa kuah laksa dia tak cair macam sesetengah laksa yang ada dijual. Cukup asam garamnya.
 



Terbaekk! 

Antara mereka yang telah terjebak dengan aktiviti melayan laksa jitra mai ni. Ceria selepas pekena laksa utara sorang sepinggan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...